Monday, 19 November 2012

Maafkan Kami, Palestin

"Maafkan kami, Palestin
tika darahmu dipaksa mengalir
di bumi sendiri dan kering disejat mentari
tulangmu bersepai dibedil serakah Zionis
jerit pekikmu bergema di dada langit
hilai tawamu ditelan bom dan fosfur putih
jiwa kami sedang berpadu dengan nafsu
bercinta dengan dunia sambil beramal pohon
restu untuk bahagia nanti.
Maafkan kami, Palestin
andai pecah peti suaramu memanggil nama
Tuhan
putus salur darahmu berkorban demi Tuhan
kami juga sedang berperang
dengan nafsu yang lebih besar dari jihadmu,
Palestin.
Maafkan kami, Palestin
perang kita berbeza medan
kami sibuk berasak di sini
dikau digasak sana sini
Bila hanya doa mampu dihantar pengganti
kami; senjata
terkuat kita
hantarkan kembali doa buat kita berjaya sama
bersama maaf dari Palestin. "

Zaki Johari.
Ikim Fm


3 comments:

  1. nak harapkan kita pergi mengangkat senjata melawan israel laknatullah mmg kita tak mampu.
    yg kita mampu berdoa dan memboikot barang2 yg memberi dana kepada zionis.

    buatlah setakat yg kita mampu nti blh jgk kita jawab bila Allah tanya di sana nti dari kita tak buat apa.

    ReplyDelete