Thursday 8 December 2011

Resepi Agar-agar Roti





Bahan A

1. Satu bungkus agar2
2. Air (Mengikut sukatan ml di belakang plastik bungkusan agar2 tadi

Bahan B

1. Roti 4 keping shj
2. Satu Tin Susu Cair
3. Satu sudu marjerin
4. Satu Cawan susu pekat (Kalo nk main sikit tambahkan gula)
5. Satu biji Telur


Cara2 dier

1. Masukkan Bahan A ke dalam Periuk (biarkan sampai mendidih)
2. Masukkan Bahan B ke dalam Blender, Blender kan semuanye sekali sehingga hancur tau :)
3. Masukkan Bahan B ke dalam  Bahan A biarkan sehingga mendidih.
4. Dah siap.. nk letak perisa tu ikut kesukaan korang lah yer, nk perisa sirap ke, jagung ke, atau koko.
gaulkan perisa tersebut selepas Cara yg ke-3 tadi..

@ SELAMAT MENCUBA @

Sunday 20 November 2011

Berterima Kasih akan tenangkan hati :)

Bila kita sebut pasal berterima kasih orang sekeliling akan mengambil mudah dengan ayat itu, Tapi sebenarnye ayat berterima kasih itu boleh membuatkan orang sekeliling berapa tenang.  Bila kita jadi seorang yang ringan mulut untuk mengucap terima kasih ia sudah cukup membuatkan rakan-rakan, atau orang sekeliling berada dalam keadaan yg tenang dan seronok berkawan dengan kita. Contoh yang boleh kita ambil ialah, sewaktu berada di pejabat, bila bos mengarahkan kita untuk membuat keje, dan kita telah cuba siapkan keje tersebut dengan sebaik mungkin dan siapkan keje tersebut dengan masa yg di tetapkan oleh majikan, kemudian kita hantar keje tersebut kpd majikan dan majikan berkata Terima kasih yer.. mesti hati kita akan rasa sejuk sikit wlupun belum mendengar comment dari majikan.. kalau selepas comment di beri pun majikan berkata buat semula keje nie dan terima kasih yer.. hati kita tetap akan berasa tenang dan sejuk bila majikan menyebut terima kasih. Jadi ringan2 kan mulut anda utk berterima kasih bagi setiap Orang yg berada di sekeliling anda.. :) Ini salah satu Cara yg paling murah dan  utk menunjukkan yg anda menghargai org sekeliling anda selain memberikan hadiah..

Selamat Mencuba!! (^,^)

~~TERIMA KASIH SEMUA~~

Monday 14 November 2011

Jangan Kita Lupa!!

Hai manusia...
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa... pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
Dan hidup ini janganlah dibuang percuma

Jalan yang sempit
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu

Hai manusia
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa... pada godaan dunia
Hidup ini adalah untuk sementara waktu
Apa yang ditanam
Itulah nanti yang dipetik





- Hanya utk kesedaran diri sendiri sampai ke anak cucu & tiada kaitan dengan org lain di antara hidup dan mati - (^,^)

Wednesday 9 November 2011

Game2 Kesukaan Saye.. :)

Assalamualaikum.. 

Lama tul fiyzza x update blog nie.. skrg nie sgt2 busy tol lah.. cian blog nie terabai lah plak untuk beberapa minggu nie.. :( fiyzza nk share game2 favorite fiyzza.. mmg xpernah2 jemu main.. fiyzza akan susun game tersebut mengikut susunan yg first adalah yg paling fav. tau.. (^,^)


DOTA

Game nie fiyzza leh bagi No. 1 dlm Dunia, tapi tgk minat org jgk lah, separuh org xminat game yg  terlalu byk fantasi nie..hehe tapi fiyzza layan je.. fiyzza start main game mcm nie dari darjah 3.. pelik je kan ada perempuan melayu minat game mcm nie.. tpi mmg ada kat malaysia perempuan melayu yg minat game nie, rasenyer mcm xramai mcm perempuan berbangsa cina rasenye..



EMPIRE

Game nie alar Dota, tapi Dota ada Hero, n game nie xde hero, kte akan jadi seperti raja yg hanya mengarah tentera dgn mission yg dorang bagi.. syok jgak kalo mission korang selesai :)



HARVEST MOON

Hasvest moon nie korang mmg akan layan game nie dgn penuh kesabaran, sbb dier btol mengikut kehidupan harian kte, alar2 mcm the sim jge, tapi fiyzza rase nie lebih syok dari the sim cz game nie aktiviti dier mmg mcm kehidupan harian kte, perlu mkn, mandi, berkawan, memancing, berenang, menunggang kuda, cari kayu dlm hutan, mengorat, berkahwin, sakit, jumpe doktor, memasak, kadang2 menu mskkan dier mmg sama mcm kte biasa msk kat rumah.. mmg xjemu2 fiyzza main game nie.. buat kek, mmg jauh bezalah game nie dgn the sim.. Fiyzza pasti korang xkan kecewa dgn game nie.. mesti dpt kepuasan bermain game seperti yg korang bayangkan.. 



HOTEL DASH

Game nie pula korang main dier kene cepat n cekap supaya korang leh layan 6 org customer sekali gus, baru leh dpt markah expert dgn mudah sekali..



ZOMBIE CAFE

Mkn kat cafe nie mmg mengelikan kalo tgk.. tpi game nie mmg kelakar kalo korang perhatikan btol.. :)



ANGRY BIRDS

Game nie leh tahan lah, kalo korang main mesti sakit hati kalo xkene sasaran dier..




THE SMURFS

Ini game baru je dpt, fiyzza baru nk try main.. tapi game nie nmpk best sbb kite kene buat perkampungan smurfs nie.. kene cari emas, bercucuk tanam & lain2.. :)



Tuesday 25 October 2011

Taman Botani Shah Alam..

Assalamualaikum.. Xjawab dosa.. hehehe nie adalah kate2 dari seekor burung kakak tua kat Taman Botani.. Fiyzza n kwn2 ingatkan g sane nk main basikal.. tgk2 smpai lambat n basikal abis disbbkan oleh penduduk Segambut yg lambat smpai..hehe ;p  jadi kami terpaksalah berjalan kaki dari parking tu sampailah ke Taman Iklim 4 Musim.. punyer lah sejuk dlm tu.. dh mcm musim salji dh.. hahaha yuran masuk taman RM3 n RM3 lagi utk masuk ke taman iklim.. bler2 masuk, bukan seperti yg di sangkakan.. ingatkan besar gler kwsn tu rupe2nye kecil aje n hanya 6 minit aje leh duduk kat dlm tu.. hanya btol2 utk bergambar..haha mungkin tu silap fiyzza sndiri lah kot, sbb bayangkan yg Over2 sgt..haha taman tu berbayar, tapi mcm xseberapa di jage.. sepatutnye kwsn hutan yg cantik mcm tu patutlah dijage supaya boleh jadi tempat pelancong yg menarik. kwsn hutan dier spatutnye dijaga dgn baik.. tempat tu akan lebih cantik dari skrg kalo jage elok2..














Inilah My Boss yg merangkap juru kamera Kami semua.. haha

Thursday 20 October 2011

Pecahkan Perut!!!

Nenek Tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Cermin Mata

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.


B.I

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Anda Tahu Siapa Aku?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”

Anjing Peliharaan

Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.
Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...".

Main-main Menyelam

Suatu hari di tepi sungai ada 3 orang budak iaitu Samad, Gidol & Ucih main-main menyelam. Semasa sibuk bermain mereka pun bercerita tetang kehebatan abang-abang mereka menyelam.

Samad : Abang aku boleh menyelam selama 1 jam.

Ucih : Wah, ko tetap kalah dengan abang aku yang boleh menyelam selama 1 jam 5 minit.

Gidol :Cis bangga sangat korang. Abang aku lagi hebat dia dah menyelam 5 hari lalu sampai sekarang tak timbul-timbul lagi........


Tak Muat

Tiga orang menaiki motor lalu ditahan oleh polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya kepada polis, "maaf, tok! tak muat dah.....kami dah bertiga!!! lain kali sajalah!"

Ok, dah kena!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”

Atuk Berpeluh

1 mayat orang tua dikeluarkan dari peti ais untuk di kebumikan.... setelah di keluarkan, ada air mengalir di muka orang tua tersebut. dengan rasa ketakutan cucunya memanggil neneknya.....
cucu : nek...,atuk kuar peluh..

nenek : oo000....atuk kamu first time meninggal mestila nervous ckit...


Wednesday 19 October 2011

Tips Penjagaan Rambut bagi wanita bertudung alar2 Nurfiyzza.. ;p

Cewah, cewah.. nk bagi tip plak dah.. hehe.. bukan ape pun fiyzza just nk kongsi je apa produk yg fiyzza guna, lagipun fiyzza nie bukan jenis yg xsetia pada 1 produk, suka sgt tukar2 produk.. jadi skrg nie fiyzza mmg dah confirm xkan tukar produk lain :) macam fiyzza walaupun fiyzza bertudung tapi fiyzza rajin jgk g salon utk gunting rambut, treatment dan juge rebonding.. org ramai kate ko pakai tudung buat ape nk membazir?? tapi bagi fiyzza tu semua utk kepuasan diri sendiri.. sbb bler kte kat rumah kte sendiri akan tgk wajah kite kat cerminkan.. jadi fiyzza suka tgk muka sendiri sentiasa bersih dan cantik.. siapa yg xnk cantikkan.. bler rambut kte sihat, bersih dan cantik kte juge akan rasa sgt2 berkeyakinan utk berhadapan org lain. Kadang2 ada risiko juge kalo kte selalu g salon utk treatment, sbb rambut cpt rosak, kering, gugur dan bercabang. Mungkin itu disbbkan ketidaksesuaian barang yg di gunakan dgn rambut kte.. dh byk salon yg fiyzza pergi tiba2 tahun nie fiyzza try 1 salon melayu yg baru buka kat kwsn perumahan fiyzza, konon2nyr nk tolong org melayu lah kan.. tgk habis rosak rambut fiyzza bercadang n xbermaya. Kalo korang jadi mcm nie ada 1 cara utk menjadikan dier natural balik..


Inilah dier Tonik Rambut keluaran HPA @ Hair Mask mmg sgt bagus utk natural kan semula rambut, cuma bau dier busuk sikit lah.. mayb dalam 3 hari baru hilang. Pakai Tonik nie pada rambut dan urut sampai ke kulit kepala, tujuan urut tu supaya melancarakan pengedaran darah.  lepas tu biarkan je selama 4 jam.. sementara tunggu 4 jam tu korang basuh lah kain ke, buat je keje mcm biasa. :) kalo korang ada masalah rambut bercadang, gunting sendiri rambut tu je.. gunting sikit je kat hujung tu, pastu baru pakai tonik nie.



Selepas dah peram rambut tadi dgn Tonik, guna plak Head&shoulders nie. mmg bagus sgt utk rambut org yg pakai tudung dan ada masalah kelemumur. Shampoo nie agak kuat, jadi xelok pakai biarkan lame kat rambut. letak sikit pada rambut kemudian urut sikit kepala n terus bilas.  kalo rambut rase mcm xbersih lagi Shampoo sekali lagi (Fiyzza biasa buat mcm nie) tapi jgn biarkan dier duk lame2 kat rambut nnti rambut cepat gugur. Lepas dh shampoo cuci pakai air, dan pastikan di cuci btol2 bersih sehingga hilang shampoo tadi, kalo xbersih, korang akan mengalami keguguraan rambut, tapi xlah teruk sgt gugur dier, tapi shampoo nie mmg bagus sgt.. lepas tu rambut akan jadi sgt kasar, jadi nk lembutkan blik gune Pelembut rambut kat bawah nie.


Produk nie korang leh dapatkan kat Sasa kat OU ada.  Produk nie sgt2 bagus melembutkan rambut, tidak berminyak & tidak kering.. :)





 
SELAMAT
MENCUBA
(@,@)

Thursday 13 October 2011

Smoking Area.. Good idea.. :)

Smoking area in England.. Malaysia bila lagi?


Smoking Area Ceiling Painted ceiling of the Tombinator Room











Wednesday 12 October 2011

Berita yg Mengejutkan......... :,(

   2 hari lepas telah di kejutkan apabila anak kpd makcik Fiyzza, Bernama Mohd Hazim berumur baru 5 bulan, telah di dapati mengidap Penyakit Luekimia.  Pada mulanye, hanya demam biasa, n mak baby bwk dier g klinik.. mcm biasalah kalo  g klinik, check mcm luar je n bagi ubat demam.  Pastu esoknye Demam xkurang jgk.. pastu doc kate bwk g hospital Ampang.. Dekat Hospital doc kate dlm telinga bernanah @ bisul hampir dgn gegendang telinga, yg tu doc xrisau.. tiba2 doc check bahagian perut & di dapati bahagian limpa bengkak atau lebih besar daripada yg sepatutnye.. darah di ambil & doc dah confirmkan pasal penyakit tersebut.. mcm mana agaknye seorg baby nk menjalani rawatan utk penyakit itu.. sgt2 sedey tgk dier.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan utk baby Hazim menjalani kehidupan seperti budak2 lain.. Amin..







Sunday 9 October 2011

Bermulanye Di Sini :)

Assalamualaikum.. :)

Fiyzza nk kongsi minat fiyzza iaitu membuat bun manis atau bun sausage.. mula2 dulu xdelah minat pun dgn benda alah nie.. yelah leceh tol wat dier, nk kene uli pakai tgn, pastu nk kene tunggu di naik @ kembang dulu lah.. leceh kan.. pastu melekat2 kat tgn..hehe tapi sejak fiyzza tgk cter kartun nie, minat tu dtg dgn tiba2 plak..ceh, ceh..hahaha tajuk cter Yakitate.. xjemu tgk cter nie.. suka sgt..





Cter nie ada dlm 62 Episod.. tapi fiyzza share 2 jelah :)

Dan nie dier hasil yg fiyzza buat sendiri.. xcantik mcm Azuma nie buat.. Tapi kadang ada jgk fiyzza beranggan2 nk ada Solar Hands..hahaha kuat btol berfantasi kan.. ;p
















Friday 7 October 2011

Shopping dlm masa 1jam :)

Sebelum



Selepas.. semuanye dlm keadaan kelam kabut..ahaha tujuan Shopping nie sebenarnye g cari hadiah utk Member kawin pada bulan.. sampai 4 org yg kawin.. jadi kene lah beli 3 hadiah, x gitu kan.. :)
apa2 pun selamat pengantin baru ye kpd Siti Norlela, Fyza Azmi & Amalina



Thursday 6 October 2011

Kacang Soya mengalih kita dari permakanan sunnah.

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsikan sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaranhaid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1) : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2) : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4) : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

Fiyzza just nk kongsi bersama..





By : http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/03/kacang-soya-mengalih-kita-dari.html

Wednesday 5 October 2011

Pulau Redang ~~

First time fiyzza g bercuti tanpa family.. g bercuti dgn kwn2, faham2lah kan kalo bercuti dgn kwn mesti nk cari resort yg murah sikitkan, yelah kene byr sendiri..hehehehe resort yg menjadi pilihan adalah Redang Lagoon.. kat resort nie fiyzza mmg bagi jaminanlah mmg, insyallah selamat, sbb ni resort melayu, xde disko atau minuman keras.. tapi time mlm mmg sunyi sikitlah, tapi time mlm wat pe duk kat bilik? rugilah kan baik g jln2 pusing2 kat situ g tgk2 resort lain kan best. Kos yg fiyzza guna xmahal pun just RM500 utk tambang bas dari KL ke KT, Dari KT ke KL, campur dgn resort, mkn minum, feri g balik, siap ada lebih utk shopping lagi.. Jimat gler kan..









Kapten Feri








Tuesday 4 October 2011

~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah






Monday 3 October 2011

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal




Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) · Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

By : http://wanitamelayubajuseluar.blogspot.com/

Sunday 2 October 2011

‎10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan




1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Sel...alunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

By:   http://wanitamelayubajuseluar.blogspot.com/  





Hobi Saya :)

Setiap org kat dunia nie mesti ada hobi kan.. ada juge org yg ada hobi pelik2, atau ada juge org yg ada hobi baik2.. nie Fiyzza just nk kongsi hobi fiyzza iaitu membuat kek, main masak, & berenang, wlupun xtahu berenang..kwang.. kwang.. mcm mana kalo minat berenang, tapi xtahu berenang..hahaha maksudnye berenang kat tmpt yg xdalam aje lah.. kalo kat laut ke, sungai ke, fiyzza berenang kat pasir jelah..hahaha lagi satu hobi fiyzza suka jahit langsir, tapi xsuka jahit baju atau seluar..